Ulasan buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi
Buku “Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi”
telah ditulis oleh Normaliza Abd Rahim dan diterbitkan di Universiti Malaysia
Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu pada tahun 2019. Selain itu, buku ini juga
mengandungi tujuh bab iaitu Kajian Wacana, Teori dan Pendekatan Wacana,
Analisis Wacana Tekstual dan Ujaran, Strategi Komunikasi, Taksonomi dan Pendekatan
Strategi Komunikasi, Analisis Strategi Komunikasi dalam Halangan Kanak-kanak
dan Cadangan Kajian akan Datang. Dalam bab satu iaitu Kajian wacana, penulis
menerangkan tentang definisi wacana di mana definisi itu dibuat berdasarkan
wacana yang berbentuk ujaran, teks, tulisan dan interaksi. Dalam bab ini juga,
penulis ada menyatakan bahawa dalam hierarki bahasa, wacana terletak di tingkat
yang paling tinggi iaitu muncul selepas ayat. Selain itu, bab dua pula yang
bertajuk Teori dan Pendekatan Wacana, penulis telah menyenaraikan lima teori
dan pendekatan iaitu Teori Analisis wacana Brown & Yule (1983), Teori
Analisis Wacana Stubbs (1983), Teori Analisis Wacana Kritis VanDijk (1977),
Pendekatan Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim (2018) dan Teori Analisis Wacana
Normaliza Abd Rahim (2018). Tujuan penulis teori dan pendekatan ini di
perkenalkan adalah untuk memudahkan proses analisis. Di samping itu, tajuk bagi
bab tiga adalah Analisis Wacana Tekstual dan Ujaran. Dalam bab ini, pengkaji membuat
kajian analisis wacana merangkumi tiga kajian iaitu KajianWacana Tekstual Lirik
Lagu, Wacana Tekstual Cerita Sosial dan Ujaran dalam Kalangan Kanak-kanak.
Seterusnya, bab empat yang bertajuk Strategi Komunikasi menerangkan
tentang pengenalan tentang strategi komunikasi yang merangkumi beberapa kajian
tentang strategi komunikasi dan mempunyai kaitan dengan sesuatu ujaran dan
interaksi. Selain itu juga, bab lima bertajuk Taksonomi dan Pendekatan Strategi
Komunikasi. Dalam bab ini penulis telah menyenaraikan beberapa taksonomi dan
pendekatan yang telah diwujudkan oleh beberapa orang tokoh. Malah, penulis
turut menghuraikan senarai taksonomi tersebut dengan lebih terperinci. Bab enam
dalam buku ini bertajuk Analisis Strategi Komunikasi dalam Kalangan
Kanak-kanak. Dalam bab ini penulis membincangkan tentang kajian strategik komunikasi
dalam kalangan kanak-kanak. Akhir sekali, bab tujuh dalam buku ini akan membincangkan
tentang cadangan kajian akan datang supaya dapat memnuhi kehendak pembaca pada
masa akan datang. Kesimpulannya, implikasi penggunaan buku ini terhadap kita
adalah dapat mendedahkan kita tentang kajian wacana dan strategi komunikasi serta
dapat memberi ilmu pengetahuan tentang teori dan aplikasinya.
rujukan : Normaliza Abd Rahim. 2019. Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Penerbit: UMT
Harga buku : RM20.00
INSTAGRAM
BUKTI PROF LIKE GAMBAR
FACEBOOK
No comments:
Post a Comment