Assalamualaikum dan salam sejahtera, bagi sesi bergambar long shot kami telah memilih beberapa tempat untuk mendapatkan gambar yang cantik seiring dengan permintaan asas fotogarfi. Tiga model dalam kumpulan kami telah dipilih iaitu Iqbal, Suzie dan Fatin.
Long Shot (Pemandangan dan manusia)
Gambar ini diambil di Putrajaya. Jelas dapat dilihat Si Iqbal seakan-akan tidak kisah dianggap kurang siuman bergambar di tengah-tengah bandar dalam keadaan hujan renyai-renyai demi sebuah gambar yang cantik.
Gambar ini di ambil di Taman Saujana. Dapat dilihat sekelilingnya dipenuhi dengan pokok-pokok yang menghijau. Barangkali sebab itu, Suzie memilih untuk menyendiri disitu demi sebuah ketenangan setelah hari-harinya sibuk bak Menteri di dalam parlimen MPP.
Gambar ini juga diambil di Taman Saujana. Jalannya yang lurus dikelilingi pokok-pokok yang menghijau menyebabkan fatin terkaku disitu memikirkan jalan mencapai kejayaan.
Long Shot (Pemandangan)
Gambar pemandangan diatas di ambil di Taman Saujana. Dapat dilihat jalannya tidak terlalu lurus, begitu juga dengan kehidupan kita yang tidak selalu lurus jalannya kerana sentiasa menghadapi cabaran.
Gambar pemandangan diatas di ambil di Taman Saujana. keseimbangan awan dan pokok-pokok yang menghijau menunjukkan bahawa hidup kita juga wajib seimbang antara dunia dan akhirat.
Gambar pemandangan tersebut di ambil di Kawasan Lapang di Putrajaya. Lurus jalan ke hadapan tidak selurus jalan saya untuk mendapatkan awak ke dalam hati saya.
No comments:
Post a Comment