Monday 7 October 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa

Ulasan Blog Di Dalam Kelas Bahasa



Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), menulis blog boleh dijadikan sebagai proses untuk menolong dan meningkatkan motivasi pelajar dalam kehidupan. Oleh itu, menulis blog boleh dijadikan medium komunikasi untuk semua pelajar di mana mereka boleh berkongsi pengalaman, pendapat, dan komen terhadap topik yang dibincangkan. Oleh itu, blog telah digunakan untuk kegunaan peribadi sebagai jurnal atau diari dan juga boleh digunakan untuk tujuan perniagaan dalam mempromosikan dan memperiklankan produk. Malah, blog juga merupakan laman web yang mesra pengguna di mana ia senang diuruskan dan sentiasa kemas kini oleh pentadbiran.

Kajian tentang blog menunjukkan blog ialah medium dialog di antara penulis blog dan pembaca, pembaca dengan pembaca yang lain dan penulis blog dengan penulis blog yang lain serta pembacanya. Menurut Ferdig & Trammell (2004), penyelidik telah menggariskan panduan bahawa menulis blog mesti memenuhi syarat-syarat menulis. Wang & Woo (2008), menyatakan bahawa blog merupakan alat teknologi yang menawarkan peluang kepada pengguna untuk menyusun maklumat, menyiar dan berkongsi idea, maklum balas, memberi komen, menilai hantaran dari orang lain, belajar daripada orang lain, bertanggungjawab terhadap penulisan dan pembelajaran mereka dan meletakkan pendapat mereka dalam penulisan.

Menurut Levy 2019, beliau menyatakan bahawa blog boleh meningkatkan keyakinan diri, kreativiti pemilihan dan membangunkan komuniti melalui penulisan tidak formal. Manakala menurut Zaini et at. (2012), beliau menyatakan bahawa melalui penggunaan blog, pelajar mampu membentuk kemahiran menulis dalam pembelajaran bahasa. Malah, ia juga memberi peluang kepada penulis blog untuk belajar satu persatu istilah dari segi idea, tatabahasa dan struktur aya, perbendaharaan kata serta cara susunan penulisan mereka.

Kesimpulannya, menurut Normaliza Abd Rahim (2014), beliau telah menyenaraikan 10 cara menulis blog dengan baik antaranya ialah tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca, kaitkan penulisan anda dengan berita terkini, dapat berkomunikasi dengan pembaca dan memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda serta berilmu untuk penulisan pendidikan.






No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU: NAMA TEMPAT BAGI SETIAP PENGGAMBARAN VIDEO

Assalamualaikum semua, kalua korang nak tahu sepanjang aku dan ahli kumpulan aku membuat penggambaran atau shoot gambar, banyak tempat mena...