Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Keredhoan kami pada kali ini adalah kami telah diberikan tugas menjalakan sesi bergambar bagi menyiapkan tugasan mengikut asas grafik dan asas fotografi. Oleh itu, aku dan kumpulan ku iaitu Team Belalang Production telah bersepakat untuk menyiapkan tugasan ini pada hari ahad bersamaan tarikh kelahiranku iaitu 29 September 2019.Diharapkan kalian tidak bosan untuk menatap wajah-wajah kehenseman dan kejelitaan ahli kumpulan aku. Apa yang paling penting, setiap patah perkataan atau ayat yang ditulis sekadar gurauan semata-mata.
Close-Up (Manusia)
Ciri-ciri bagi gambar close-up adalah gambar yang terdapat di dalam potret dimana gambar tersebut diambil dari kepala hingga ke paras bahu sahaja. Gambar tersebut juga lebih memberi focus kepada objek sasarannya selain menjadikannya sebagai satu-satunya objek yang ada di dalam gambar tersebut.
Hakimah (emosi menggoda)
Raut wajah Kimah yang menggoda mampu mencairkan hati para jejaka terutamanya si Golif yang cuba bermain Tarik tali dengan Kimah..
Atikah (Senyuman yang menawan)
Jika anda jadi lelaki, tidakkah anda terpaut dengan senyuman menawan daripada si gadis yang bernama atikah ini. Jika aku lelaki, sudah pasti dia akan ku kejar.
Fatin (Sinis)
Anda rasa saya ada masa untuk memaafkan orang munafik macam anda, maaf anda tidak penting untuk saya fikirkan.
Close-Up (Bukan Manusia)
Kuning-kuning bunga kat atas tu, kuning lagi gigi awak yang tak pernah bergosok tu.
Menatapmu membuat perutku lapar secara tiba-tiba sehingga cacing di dalam perutku turut menari-menari dan berteriak meminta makanan.
Gelang adalah eksesori bagi para gadis, tetapi hati-hati gelang juga boleh jadikan kita sah sekiranya awak jadikan ia hantaran kahwin kita.
No comments:
Post a Comment