Untuk pos kali ini, aku sangat berbesar hati untuk berkongsi cerita serba sedikit tentang keluarga aku. Apabila kita menyebut tentang keluarga sudah pasti kita akan membayangkan individu yang paling rapat, paling dekat dengan hati dan diri kita. Mereka adalah individu yang sentiasa akan ada bersama kita tidak kira dalam keadaan suka dan duka. Oleh itu, sebagai muslim kita hendaklah sentiasa menjaga ikatan ukhuwah kita dengan keluarga kita supaya kita dapat hidup dengan aman damai, bahagia bersama.
kisah keluarga bermula apabila kedua-dua orang tuaku bertemu, bercinta dan berkahwin. Proses tersebutlah yang telah mewujudkan aku dan adik-beradik yang lain. Ayahku merupakan pesara kerajaan iaitu askar pencen manakala ibuku pula adalah suri rumah tangga. Apa yang membanggakan aku adalah ibu seorang yang sangat berdikari dan seorang isteri yang sanggup bersusah senang bersama suaminya. Semasa ayahku bertugas sebagai askar, ibuku telah membuat kerja kecil-kecilan beliau melakukan kerja jualan secara kecil-kecilan. Oleh kerana dulu kami tinggal di kuaters tentera, senang kerja ibuku untuk menjaja jualannya.
Apabila ayahku telah bersara daripada tentera, kami sekeluarga telah puulang ke kampung halaman. Bagi memulakan kehidupan baru di kampung, mereka berdua telah membuka perniagaan sendiri secara kecil-kecilan iaitu kedai makan ala-ala kampung. Alhamdulilah perniagaan tersebut memberikan hasil yang sangat memuaskan sehingga ibu bapaku dapat memenuhi segala kehendak dan keperluan aku dan adik-beradikku yang lain.
Walaupun aku dan adik-beradikku telah melarang ibu dan ayahku daripada berniaga tetapi mereka berdua bertegas untuk terus berniaga kerana alasannya mereka terlalu bosan duduk dirumah tanpa membuat sebarang pekerjaan. Malah, anak-anak yang tinggal jauh dari mereka juga punca mereka meneruskan berniaga kerana mereka mengganggap dengan bekerja mereka dapa menyibukkan diri mereka dan tidak terlalu memikirkan perasaan rindu terhadap anak-anak.
Untuk pengetahuan semua, aku mempunyai enam orang adik-beradik. Aku merupakan satu-satunya gadis di dalam kalangan adik beradikku iaitu lima jejaka. Sebagai satu-satunya bunga di dalam keluarga, adik- beradik lelakiku telah diibaratkan sebagai kumbang yang telah ditugaskan untuk menjaga dan melindungi aku. Walaupun begitu, aku bukanlah anak bongsu dalam keluarga kerana aku masih mempunyai seorang adik lelaki yang aku anggap sebagai abang aku kerana sikapnya lebih matang daripada aku.
Kini, bilanga ahli keluarga telah bertambah apabila dua orang abangku telah berkahwin. Oleh itu, ibu dan ayahku telah menerima dua orang menantu perempuan. Hasil perkahwinan tersebut, ibu dan ayahku kini telah bergelar atuk dan nenek kepada tiga orang cucu mereka iaitu dua cucu kembar perempuan dan seorang cucu lelaki. Sejak aku mempunyai kakak ipar, aku tidak lagi keseorangan menjadi bunga di dalam kelurgaku. Kedua-dua orang kakak iparku juga melayan ku seperti adik kandung mereka sendiri. Malah mereka juga sentiasa berusaha menjaga kebajikan aku dan memenuhi segala kehendakku sama seperti abang-abangku menjaga ku.
Sejujurnya, aku sangat bersyukur di atas nikmat yang diberikan kerana mempunyai sebuah keluarga yang bahagia dan sangat kuat ikatan kelurganya. Doa disetiap sujudku semoga Allah sentiasa melindungi kami sekeluarga daripada anasir-anasir jahat. Dalam Al-Quran jelas menyatakan bahawa Iblis tidak akan berhenti memporak perandakan ikatan anak Adam sehingga kita hidup dalam kacau bilau.
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment