Monday, 25 November 2019

BBM3410Satu 2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim(2019)

Ulasan buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi

Buku “Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi” telah ditulis oleh Normaliza Abd Rahim dan diterbitkan di Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu pada tahun 2019. Selain itu, buku ini juga mengandungi tujuh bab iaitu Kajian Wacana, Teori dan Pendekatan Wacana, Analisis Wacana Tekstual dan Ujaran, Strategi Komunikasi, Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi, Analisis Strategi Komunikasi dalam Halangan Kanak-kanak dan Cadangan Kajian akan Datang. Dalam bab satu iaitu Kajian wacana, penulis menerangkan tentang definisi wacana di mana definisi itu dibuat berdasarkan wacana yang berbentuk ujaran, teks, tulisan dan interaksi. Dalam bab ini juga, penulis ada menyatakan bahawa dalam hierarki bahasa, wacana terletak di tingkat yang paling tinggi iaitu muncul selepas ayat. Selain itu, bab dua pula yang bertajuk Teori dan Pendekatan Wacana, penulis telah menyenaraikan lima teori dan pendekatan iaitu Teori Analisis wacana Brown & Yule (1983), Teori Analisis Wacana Stubbs (1983), Teori Analisis Wacana Kritis VanDijk (1977), Pendekatan Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim (2018) dan Teori Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim (2018). Tujuan penulis teori dan pendekatan ini di perkenalkan adalah untuk memudahkan proses analisis. Di samping itu, tajuk bagi bab tiga adalah Analisis Wacana Tekstual dan Ujaran. Dalam bab ini, pengkaji membuat kajian analisis wacana merangkumi tiga kajian iaitu KajianWacana Tekstual Lirik Lagu, Wacana Tekstual Cerita Sosial dan Ujaran dalam Kalangan Kanak-kanak.

Seterusnya, bab empat yang bertajuk Strategi Komunikasi menerangkan tentang pengenalan tentang strategi komunikasi yang merangkumi beberapa kajian tentang strategi komunikasi dan mempunyai kaitan dengan sesuatu ujaran dan interaksi. Selain itu juga, bab lima bertajuk Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi. Dalam bab ini penulis telah menyenaraikan beberapa taksonomi dan pendekatan yang telah diwujudkan oleh beberapa orang tokoh. Malah, penulis turut menghuraikan senarai taksonomi tersebut dengan lebih terperinci. Bab enam dalam buku ini bertajuk Analisis Strategi Komunikasi dalam Kalangan Kanak-kanak. Dalam bab ini penulis membincangkan tentang kajian strategik komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Akhir sekali, bab tujuh dalam buku ini akan membincangkan tentang cadangan kajian akan datang supaya dapat memnuhi kehendak pembaca pada masa akan datang. Kesimpulannya, implikasi penggunaan buku ini terhadap kita adalah dapat mendedahkan kita tentang kajian wacana dan strategi komunikasi serta dapat memberi ilmu pengetahuan tentang teori dan aplikasinya. 

rujukan : Normaliza Abd Rahim. 2019. Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. 
                          Penerbit: UMT  
Harga buku : RM20.00 





INSTAGRAM






BUKTI PROF LIKE GAMBAR







FACEBOOK




Friday, 1 November 2019

BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 6 (FLAT LAY INDIVIDU)

Assalamualaikum semua...
Cerita suka duka ku sepanjang cuti midsem adalah tugasan food plating..Bahagian suka tu bila dapat makan sedap-sedap..Tapi bahagian dukanya bila ko kena ambil gambar..bukan 1 jenis..tp 4 jenis atau cara bergambar kena ambil..Orang ambik gambar normal..tak kan tgk pelik..tapi bila aku ambik gambar abnormal orang tengok aku pelik...hahahah..abnormal sebab gigih panjat kerusi semata-mata nak ambik gambar flat lay..tabah dan redho itu perlu bila buat tugasan kali ni..

Aku harap korang suka lar tengok hasil gambar aku..boleh like and subscribeπŸ˜‰πŸ˜‰

Jangan lupa tengok tau



BBM3410SATU: NAMA TEMPAT BAGI SETIAP PENGGAMBARAN VIDEO

Assalamualaikum semua, kalua korang nak tahu sepanjang aku dan ahli kumpulan aku membuat penggambaran atau shoot gambar, banyak tempat mena...