Monday, 16 December 2019

BBM3410SATU2019: KETIKA DAN KALIMAT


KETIKA DAN KALIMAT

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya


Assalamualaikum dan salam sejahtera, terlebih dahulu aku ingin tujukan lagu nyanyian Shila Hamzah ‘Memori Tercipta’ di atas, khas untuk para pensyarah dan khususnya untuk sahabat-sahabatku di atas memori dan kenangan yang terindah yang telah kita cipta sepanjang kita berada di bumi UPM. KETIKA dan KALIMAT….aku akan ceritakan tentang istimewanya salah satu subjek yang telah aku ambil sepanjang semester 7 aku ni. Multimedia dalam Bahasa, itulah subjeknya yang telah di ajari oleh salah seorang pensyarah yang aku kira cukup garang dan pedas dalam berkata-kata. Tapi pepatah Melayu ada mengatakan tak kenal maka tak cinta. Itulah ungkapan yang paling sesuai untuk aku katakan kepada Profesor Normaliza.

Minggu pertama kelas beliau, aku telah di ajar untuk reda. Perkataan reda reda reda itu sentiasa menghantui aku sepanjang semester 7 ni. Kadang-kadang dapat kerja yang banyak pun terpaksa terpanculnya perkataan reda walaupun hakikatnya berbakul-bakul bebelan yang terkeluar daripada mulut aku hahahaha….Berbalik kepada cerita BBM3410 Multimedia dalam Bahasa, subjek ini banyak mengajar tentang nilai persahabatan, usaha tangga kejayaan, masa itu emas, dan konsep reda ketika menerima banyak tugasan.

Dalam kelas ini jugalah munculnya Belalang Production yang ahli kumpulannya seramai 11 orang termasuk aku. Setiap minggu kami akan diberikan tugasan yang berbeza, kadang-kadang sampai kami terfikir kami ni budak bahasa atau budak komunikasi sebabnya setiap minggu sibuk shoot gambar dan shooting video. Mengeluh mengeluh pun kerja kami tip top juga sebab setiap kali kami bentang video dalam kelas Prof Normaliza pasti akan memuji hasil kerja kami. Itulah yang menjadi kebanggaan kami satu kumpulan.

Banyak sangat kenangan yang aku perolehi sepanjang aku mengambil subjek ini, yang tak pandai menari boleh menari, yang tak pandai berlakon boleh berlakon. Jadinya lepas ni boleh lar kami jadi pelakon filem atau drama ye hehehhehe… Sejujurnya aku sangat sedih kerana setiap jam, minit, saat berdetik menghintung masa untuk kita semua menamatkan zaman degree kita. Tetapi apa kan daya sudah suratan takdir yang setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dan perpisahan ini meninggalkan beribu memori dan kenangan antara kita.

 Jutaan terima kasih kepada Prof Normaliza kerana sentiasa membuat kami happy dalam ketegasan nya. Ilmu yang diberi akan sentiasa menjadi ingatan dalam sanubari kami. Kepada tutor kami yang hensem iaitu En Akmal, terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan karenah kami sepanjang menjadi tutor kami. Saja juga ingin meminta maaf andai ada terguris hati sepanjang berbicara dengan En Akmal terutamanya bab wifi yang lambat bak siput baby ….hehehhee… Terima kasih semunya..semoga kita berjumpa lagi














No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU: NAMA TEMPAT BAGI SETIAP PENGGAMBARAN VIDEO

Assalamualaikum semua, kalua korang nak tahu sepanjang aku dan ahli kumpulan aku membuat penggambaran atau shoot gambar, banyak tempat mena...