Setiap insan di muka bumi Allah ini pasti mempunyai penglaman hidup mereka sendiri baik pengalaman sedih mahupun pengalaman gembira. Begitu juga aku, gadis desa yang mempunyai pelbagai pengalaman hidup yang pernah terjadi dalam hidup aku. Bagi aku setiap coretan yang pernah terjadi tidak kira sedih atau gembira akan aku sematkan sebagai kenagan dalam hidup aku. Antara kenangan yang tidak akan aku lupakan adalah kenangan aku yang berjaya menempatkan diri di UPM dan . Kedua-dua ibu dan bapaku sangat gembira dengan kejayaan aku yang dapat menyambungkan pengajian.
Ramai orang ingat kehidupan sebagai mahasiswa merupakan perkara yang menyeronokkan hanya disebabkan mereka melihat kehidupan kami di alam facebook dan instagram semata-semata. Tetapi hakikatnya adalah sebaliknya, kehidupan yang menyeronokkan adalah kita dapat hidup Bersama-sama dengan kawan kita, makan sama-sama, tidur sama, belajar sama-sama. Yang kurang seronoknya adalah kita terpaksa hidup dalam ketakutan dan kegelisahan apabila kerja assignment yang banyak dan ditambah dengan final year project yang kena siapkan tepat masanya. Minggu peperiksaan akhir adalah minggu yang paling rabak bagi pelajar university disebabkan perlu belajar balik dan ingat balik apa yang telah diajar oleh pensyarah di dalam kelas.
Di UPM, aku telah tinggal di kolej15, kolej kesayanganku. sepanjang aku menjadi penghuni di kolej 15 aku telah dilantik menjadi salah seorang Majlis Tertinggi Mahasiswa(MTM) bagi sesi 17/18. Sepanjang aku MTM, banyak coretan yang telah terlakar. Salah satunya adalah aku telah mengalami gangguan makhluk halus. kejadian ini terjadi semasa kolej kami membuat satu program yang dipanggil Night Walk. Program tersebut telah diadakan di Bukit Espo. Kejadian gangguan tersebut berlaku semasa aku dan ahli MTM yang lain sedang membuat raptai bagi program tersebut. Raptai tersebut dibuat malam sebelum program tersebut berlangsung.
Pada malam tersebut, aku seperti dirasuk kerana aku menangis seperti kehilangan orang yang aku sayang. Kawan-kawanku panik dan cuba untuk tenangkan aku tetapi aku tidak pedulikan mereka malah aku semakin teruk menangis. Malam itu juga ramai yang telah menjenguk ke bilik aku untuk mengetahui keadaan aku. Rakan-rakan sebilikku telah memanggil ahli MTM yang lain serta memanggil orang yang selanyaknya untuk merawat aku. Malam itu juga, rakan aku telah memasang alunan ayat suci Al-Quran, surah yasin di telefon tetapi aku tidak suka lalu aku menyuruh mereka tutup telefon tersebut tetapi mereka tidak mengendahkan suruhanku.
Satu kejadian lucu pada malam tersebut adalah aku telah tersepak perut comel salah seorang felo di kolej aku. Keadaan aku pada malam tersebut agak teruk kerana aku tidak berada dalam keadaan aurat yang terjaga. Maksud aku adalah aku tidak memakai tudung. Tetapi aku bersyukur kerana rakan-rakan ku telah memakaikan aku telekung sembahyang bagi menutup auratku. Setelah keadaan sedikit reda, Aku telah disuruh mandi dengan air yang telah dibekalkan kepadaku. Disebabkan keadaan aku yang masih agak mamai, salah seorang kawan aku telah memandikan aku.
Kejadian yang berlaku menyebabkan beberapa kawan aku takut untuk memandang aku. Dan pada malam itu juga, kawan sebilikku telah tidur Bersama-sama aku sambal mendengar ayat Ruqyah di telefon. Dua orang kawanku takut sehingga mereka terus tidur dan terpaksa menahan seruan alam kerana takut untuk ke tandas. Seorang lagi sahabatku yang berani, tidak dapat melelapkan mata dengan lena kerana bimbang kejadia tadi berulang lagi.
Keesokkan paginya, aku dan dua lagi kawanku telah ponteng kelas kokorikulum kerana badan kami sakit-sakit dan sengal. Seorang lagi kawan kami dengan tabahnya bangun dan pergi ke kelas tersebut. Salah seorang kawan kami beritahu kenapa dua lagi kawan aku mengalami benda sama seperti aku, hal ini disebabkan ayat Ruqyah yang dipasang pada malam tersebut seakan-akan menyembuhkan dan membuang benda-benda tidak elok ditubuh badan kita.
Mengakhiri cerita aku pada kali ini, kita perlu percaya bahawa alam ghaib itu wujud begitu juga dengan penghuni-penghuni di alam ghaib tersebut. Sebagai manusia dan sebagai orang islam kita perlu mengetahui serba sedikit tentang perkara tersebut. Banyak cara yang dapat mengelakkan kita mendapat gangguan tersebut antaranya adalah menjaga solat lima waktu, membaca ayat suci Al-Quran, membaca yasin dan aktivit-aktiviti lain yang dapat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Oleh itu, kita tidak perlu takut dengan makhluk ghaib tersebut kerana mereka juga mahkluk Allah tetapi cukup sekadar kita mengingati bahawa mereka itu wujud.
Sekian terima kasih
No comments:
Post a Comment