Cerita ini mengisahkan Alim dan keluarganya pulang ke
kampung. Alim tidak sabar pulang ke kampung kerana ingin bermain dengan ayam
dan itik. Setelah sampai di kampung, Alim terus mencari ayam dan itik namun
ayam dan itik tersebut tidak ada. Alim berasa sangat sedih. Nenek dan datuk
memberitahu Alim, ayam dan itik tersebut masih hidup dan tinggal di reban
baharu. Alim kemudiannya menangis lagi kerana menyangka rumah atuk dan neneknya
telah tiada. Nenek memujuk Alim sambil berjalan sekeliling rumah.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim. 2019. Kajian Wacana dan
Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.
Terengganu. Universiti Malaysia Terengganu.
Jenis Multimedia
Antara jenis multimedia yang
boleh digunakan bagi tujuan penyebaran cerita sosial tersebut adalah melalui Youtube.
Melalui Youtube cerita sosial ini lebih mudah untuk difahami kerana cerita ini
berbentuk video yang gambarnya boleh bergerak. selain itu, dalam video tersebut
boleh diselitkan dengan lagu-lagu yang bersesuaian dengan tajuk cerita atau
situasi cerita tersebut. Sebagai contoh, cerita sosial 'Nenek dan Datuk' ini
lebih kepada cerita kanak-kanak. Oleh itu, lagu yang ceria bersesuaian dengan
cerita ini. Hal ini dapat menarik minat orang lain untuk menonton cerita
tersebut.
Selain itu, jenis multimedia yang boleh digunakan untuk
tujuan penyebaran cerita sosial ini adalah melalui Facebook. Melalui facebook
cerita sosial ini boleh disampaikan melalui penulisan atau video yang dapat
menarik perhatian khalayak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BBM3410SATU: NAMA TEMPAT BAGI SETIAP PENGGAMBARAN VIDEO
Assalamualaikum semua, kalua korang nak tahu sepanjang aku dan ahli kumpulan aku membuat penggambaran atau shoot gambar, banyak tempat mena...

-
Assalamualaikum semua Bagi tugasan kali ini, kami telah dikehendaki untuk membuat satu video yang diberi nama "one s...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagi membuka tirai blog aku yang pertama, aku akan menceritakan serba sedikit tentang diri aku. Na...
-
Jangan disangka duduk di tngga itu ibarat melepaskan batuk di tngga sebaliknya tengah memikirkan gambar2 yang diambik memenuhi asas fotogra...
No comments:
Post a Comment