kali ini saya akan kongsikan dua gambar yang saya telah upload dalam akuan Instagram saya. Dua-dua gambar di bawah pakaian yang sama..macam tu juga sayang saya kat awak..tetap sama..tak pernah berubahh..gitewwwππ..
Saturday, 19 October 2019
Monday, 7 October 2019
BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa
Ulasan Blog Di Dalam Kelas Bahasa
Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), menulis blog boleh
dijadikan sebagai proses untuk menolong dan meningkatkan motivasi pelajar dalam
kehidupan. Oleh itu, menulis blog boleh dijadikan medium komunikasi untuk semua
pelajar di mana mereka boleh berkongsi pengalaman, pendapat, dan komen terhadap
topik yang dibincangkan. Oleh itu, blog telah digunakan untuk kegunaan peribadi
sebagai jurnal atau diari dan juga boleh digunakan untuk tujuan perniagaan
dalam mempromosikan dan memperiklankan produk. Malah, blog juga merupakan laman
web yang mesra pengguna di mana ia senang diuruskan dan sentiasa kemas kini
oleh pentadbiran.
Kajian tentang blog menunjukkan blog ialah medium dialog
di antara penulis blog dan pembaca, pembaca dengan pembaca yang lain dan
penulis blog dengan penulis blog yang lain serta pembacanya. Menurut Ferdig
& Trammell (2004), penyelidik telah menggariskan panduan bahawa menulis
blog mesti memenuhi syarat-syarat menulis. Wang & Woo (2008), menyatakan
bahawa blog merupakan alat teknologi yang menawarkan peluang kepada pengguna
untuk menyusun maklumat, menyiar dan berkongsi idea, maklum balas, memberi
komen, menilai hantaran dari orang lain, belajar daripada orang lain,
bertanggungjawab terhadap penulisan dan pembelajaran mereka dan meletakkan
pendapat mereka dalam penulisan.
Menurut Levy 2019, beliau menyatakan bahawa blog boleh
meningkatkan keyakinan diri, kreativiti pemilihan dan membangunkan komuniti
melalui penulisan tidak formal. Manakala menurut Zaini et at. (2012), beliau
menyatakan bahawa melalui penggunaan blog, pelajar mampu membentuk kemahiran
menulis dalam pembelajaran bahasa. Malah, ia juga memberi peluang kepada
penulis blog untuk belajar satu persatu istilah dari segi idea, tatabahasa dan
struktur aya, perbendaharaan kata serta cara susunan penulisan mereka.
Kesimpulannya, menurut Normaliza Abd Rahim (2014), beliau
telah menyenaraikan 10 cara menulis blog dengan baik antaranya ialah tajuk yang
menarik yang boleh menarik perhatian pembaca, kaitkan penulisan anda dengan berita
terkini, dapat berkomunikasi dengan pembaca dan memastikan terdapat hujah
terbaik untuk menghuraikan penulisan anda serta berilmu untuk penulisan
pendidikan.
Tuesday, 1 October 2019
BBM3410Satu2019: Bird's Eye View (Belalang Production)
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bird's eye view merupakan gambar yang diambil di puncak atas ke bawah supaya objek kelihatan kecil. Asas fotografi ini diibaratkan seperti kita melihat pemandangan itu melalui mata seekor burung.
Pusat membeli belah IOI
Tingginya bangunan pusat membeli belah tersebut jika kita memandangkan ke bawah hasilnya manusia dibawah seperti sang semut kerana bentuknya yang kecil dan saling bergerak.
Bangunan P3 Kolej 12
Gigihnya kami menaiki tangga sambil dalam hati redho dan berharap esok kurus untuk dapatkan gambar cantik daripada atas.
Taman Wetland
keredhoaan si jejaka bernama Golif menaiki tangga untuk mengambil gambar kami dekat bawah yang kecil bak kerengga itu.
BBM3410Satu2019: Over The Shoulder (Belalang Production)
Assalamulaikum dan salam sejahtera. Kali ini aku akan memaparkan tiga gambar asas fotografi yang termasuk dalam gambar jenis Bird's eye view. Gambar jenis ini diambil dengan menggunakan bahu seseorang sebagai asas untuk mengambil gambar. Oleh itu, kumpulan kami telah memilih tiga bahu model kami iaitu Suzie, Ainul dan Afifah.
Suzie
walaupun terdapat bahu suzie disitu, tidak menjadi penghalang kepada Rina dan Afifah untuk menghasilkan bergambar yang menarik.
Ainul
Disebalik bahu ainul yang kecil molek itu, kelihatan dua orang gadis sedang melihat pemandangan di puncak awan yang membiru.
Afifah
Kewujudan bahu si Afifah tidak menghalang jurugambar mengambil gambar sang gadis dan sang jejaka dibawah pokok yang redup itu.
BBM3410Satu2019: Mug Shot (Belalang Production)
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berikut adalah gambar-gambar bagi mug shot. Mug shot merupakan gambar yang diambil dengan jarak dekat. Kebiasaannya, gambar jenis ini akan diambil apabila seseorang dimasukkan ke dalam penjara. tujuan adalah supaya pihak polis dapat meneliti dengan lebih terperinci raut wajah si pesalah. Tiga model kami ialah Daus, Iqbal dan Qiu.
Daus (emosi kecewa)
Muka depan
Separa sisi muka
Sisi muka
Kadang kepercayaan yang dihancurkan oleh orang yang kita percaya boleh membuatkan kita kecewa dan patah hati.
Iqbal (Emosi marah)
Muka depan
Separa sisi muka
Sisi muka
Amarah itu perangai setan. Tapi bila orang buat perangai setan dengan kita, jangan pertikaikan kenapa kita marah dan benci.
Qiu (Emosi sedih)
Muka Depan
Separa sisi muka
Sisi muka
Hanya melihat gambar sang ibu, mampu membuat si dara menangis. Jelas ikatan kasih sayang tidak dapat diputuskan ibarat kasih ibu membawa ke syurga.
BBM3410Satu2019: Medium Shot (Belalang Production)
Assalamulaikum dan salam sejahtera. Berikut adalah gambar-gambar bagi medium shot. Dua jenis gambar medium shot iaitu manusia serta pemandangan dan manusia.
Medium Shot (Manusia)
Afifah (Malu)
Malu tapi mahu, malu nak bergambar tapi nak bergambar. Hasilnya Afiifah bergambar sambil pejam mata.
Qiu dan Ainul (Bersahaja)
Qiu: kau rasa kenapa burung tu duduk atas pokok sambil mengeluarkan bunyi yang mengganggu ketenangan kita hari ni?
Ainul: aku rasa barangkali burung tu nak berak tapi susah nak berak sebab sembelit...hahahaha
Golif (Gembira)
Merah-merah baju Si Golif, merah lagi rasanya muka Hakimah menerima ucapan rindu daripada si Golif.
Medium shot (Pemandangan dan manusia)
Iqbal, Daus dan Golif (Ceria)
Tiga orang sahabat ceria di tepi tasik barangkali suka dapat berkumpulan dengan tujuh orang gadis di dalam Team Belalang Production.
Qiu (Gembira)
Jarang qiu gembira tak tutup mata, kadang kami konfius dia gelak atau tidur. Barangkali matanya yng comel tu buat kami konfius. She have a lott of mix (Chinese)
Rina (Riang)
pemandangan yang cantik menyebabkan rina super teruja untuk menjadi model tanpa gaji
BBM3410Satu2019: Long Shot (Belalang Production)
Assalamualaikum dan salam sejahtera, bagi sesi bergambar long shot kami telah memilih beberapa tempat untuk mendapatkan gambar yang cantik seiring dengan permintaan asas fotogarfi. Tiga model dalam kumpulan kami telah dipilih iaitu Iqbal, Suzie dan Fatin.
Long Shot (Pemandangan dan manusia)
Gambar ini diambil di Putrajaya. Jelas dapat dilihat Si Iqbal seakan-akan tidak kisah dianggap kurang siuman bergambar di tengah-tengah bandar dalam keadaan hujan renyai-renyai demi sebuah gambar yang cantik.
Gambar ini di ambil di Taman Saujana. Dapat dilihat sekelilingnya dipenuhi dengan pokok-pokok yang menghijau. Barangkali sebab itu, Suzie memilih untuk menyendiri disitu demi sebuah ketenangan setelah hari-harinya sibuk bak Menteri di dalam parlimen MPP.
Gambar ini juga diambil di Taman Saujana. Jalannya yang lurus dikelilingi pokok-pokok yang menghijau menyebabkan fatin terkaku disitu memikirkan jalan mencapai kejayaan.
Long Shot (Pemandangan)
Gambar pemandangan diatas di ambil di Taman Saujana. Dapat dilihat jalannya tidak terlalu lurus, begitu juga dengan kehidupan kita yang tidak selalu lurus jalannya kerana sentiasa menghadapi cabaran.
Gambar pemandangan diatas di ambil di Taman Saujana. keseimbangan awan dan pokok-pokok yang menghijau menunjukkan bahawa hidup kita juga wajib seimbang antara dunia dan akhirat.
Gambar pemandangan tersebut di ambil di Kawasan Lapang di Putrajaya. Lurus jalan ke hadapan tidak selurus jalan saya untuk mendapatkan awak ke dalam hati saya.
BBM3410Satu2019: Close-Up (Belalang Production)
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Keredhoan kami pada kali ini adalah kami telah diberikan tugas menjalakan sesi bergambar bagi menyiapkan tugasan mengikut asas grafik dan asas fotografi. Oleh itu, aku dan kumpulan ku iaitu Team Belalang Production telah bersepakat untuk menyiapkan tugasan ini pada hari ahad bersamaan tarikh kelahiranku iaitu 29 September 2019.Diharapkan kalian tidak bosan untuk menatap wajah-wajah kehenseman dan kejelitaan ahli kumpulan aku. Apa yang paling penting, setiap patah perkataan atau ayat yang ditulis sekadar gurauan semata-mata.
Close-Up (Manusia)
Ciri-ciri bagi gambar close-up adalah gambar yang terdapat di dalam potret dimana gambar tersebut diambil dari kepala hingga ke paras bahu sahaja. Gambar tersebut juga lebih memberi focus kepada objek sasarannya selain menjadikannya sebagai satu-satunya objek yang ada di dalam gambar tersebut.
Hakimah (emosi menggoda)
Raut wajah Kimah yang menggoda mampu mencairkan hati para jejaka terutamanya si Golif yang cuba bermain Tarik tali dengan Kimah..
Atikah (Senyuman yang menawan)
Jika anda jadi lelaki, tidakkah anda terpaut dengan senyuman menawan daripada si gadis yang bernama atikah ini. Jika aku lelaki, sudah pasti dia akan ku kejar.
Fatin (Sinis)
Anda rasa saya ada masa untuk memaafkan orang munafik macam anda, maaf anda tidak penting untuk saya fikirkan.
Close-Up (Bukan Manusia)
Kuning-kuning bunga kat atas tu, kuning lagi gigi awak yang tak pernah bergosok tu.
Menatapmu membuat perutku lapar secara tiba-tiba sehingga cacing di dalam perutku turut menari-menari dan berteriak meminta makanan.
Gelang adalah eksesori bagi para gadis, tetapi hati-hati gelang juga boleh jadikan kita sah sekiranya awak jadikan ia hantaran kahwin kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)
BBM3410SATU: NAMA TEMPAT BAGI SETIAP PENGGAMBARAN VIDEO
Assalamualaikum semua, kalua korang nak tahu sepanjang aku dan ahli kumpulan aku membuat penggambaran atau shoot gambar, banyak tempat mena...
-
Asslamualaikum semua. Kalau awak semua nak tahu dekat UPM ni ada seorang anak Prof yang jadi pensyarah juga. Tapi beliau bukan Pensyarah di ...
-
Assalamualaikum semua Bagi tugasan kali ini, kami telah dikehendaki untuk membuat satu video yang diberi nama "one s...
-
Assalamualaikum semua, kali ni tugasan dalam Instagram kami diminta untuk memuat naik dua keping gambar yang menunjukkan KETENANGAN dan KERE...