Monday, 30 September 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Untuk pos kali ini, aku sangat berbesar hati untuk berkongsi cerita serba sedikit tentang keluarga aku. Apabila kita menyebut tentang keluarga sudah pasti kita akan membayangkan individu yang paling rapat, paling dekat dengan hati dan diri kita. Mereka adalah individu yang sentiasa akan ada bersama kita tidak kira dalam keadaan suka dan duka. Oleh itu, sebagai muslim kita hendaklah sentiasa menjaga ikatan ukhuwah kita dengan keluarga kita supaya kita dapat hidup dengan aman damai, bahagia bersama.

kisah keluarga bermula apabila kedua-dua orang tuaku bertemu, bercinta dan berkahwin. Proses tersebutlah yang telah mewujudkan aku dan adik-beradik yang lain. Ayahku merupakan pesara kerajaan iaitu askar pencen manakala ibuku pula adalah suri rumah tangga. Apa yang membanggakan aku adalah ibu seorang yang sangat berdikari dan seorang isteri yang sanggup bersusah senang bersama suaminya. Semasa ayahku bertugas sebagai askar, ibuku telah membuat kerja kecil-kecilan beliau melakukan kerja jualan secara kecil-kecilan. Oleh kerana dulu kami tinggal di kuaters tentera, senang kerja ibuku untuk menjaja jualannya. 

Apabila ayahku telah bersara daripada tentera, kami sekeluarga telah puulang ke kampung halaman. Bagi memulakan kehidupan baru di kampung, mereka berdua telah membuka perniagaan sendiri secara kecil-kecilan iaitu kedai makan ala-ala kampung. Alhamdulilah perniagaan tersebut memberikan hasil yang sangat memuaskan sehingga ibu bapaku dapat memenuhi segala kehendak dan keperluan aku dan adik-beradikku yang lain.

Walaupun aku dan adik-beradikku telah melarang ibu dan ayahku daripada berniaga tetapi mereka berdua bertegas untuk terus berniaga kerana alasannya mereka terlalu bosan duduk dirumah tanpa membuat sebarang pekerjaan. Malah, anak-anak yang tinggal jauh dari mereka juga punca mereka meneruskan berniaga kerana mereka mengganggap dengan bekerja mereka dapa menyibukkan diri mereka dan tidak terlalu memikirkan perasaan rindu terhadap anak-anak.

Untuk pengetahuan semua, aku mempunyai enam orang adik-beradik. Aku merupakan satu-satunya gadis di dalam kalangan adik beradikku iaitu lima jejaka. Sebagai satu-satunya bunga di dalam keluarga, adik- beradik lelakiku telah diibaratkan sebagai kumbang yang telah ditugaskan untuk menjaga dan melindungi aku. Walaupun begitu, aku bukanlah anak bongsu dalam keluarga kerana aku masih mempunyai seorang adik lelaki yang aku anggap sebagai abang aku kerana sikapnya lebih matang daripada aku.

Kini, bilanga ahli keluarga telah bertambah apabila dua orang abangku telah berkahwin. Oleh itu, ibu dan ayahku telah menerima dua orang menantu perempuan. Hasil perkahwinan tersebut, ibu dan ayahku kini telah bergelar atuk dan nenek kepada tiga orang cucu mereka iaitu dua cucu kembar perempuan dan seorang cucu lelaki. Sejak aku mempunyai kakak ipar, aku tidak lagi keseorangan menjadi bunga di dalam kelurgaku. Kedua-dua orang kakak iparku juga melayan ku seperti adik kandung mereka sendiri. Malah mereka juga sentiasa berusaha menjaga kebajikan aku dan memenuhi segala kehendakku sama seperti abang-abangku menjaga ku.

Sejujurnya, aku sangat bersyukur di atas nikmat yang diberikan kerana mempunyai sebuah keluarga yang bahagia dan sangat kuat ikatan kelurganya. Doa disetiap sujudku semoga Allah sentiasa melindungi kami sekeluarga daripada anasir-anasir jahat. Dalam Al-Quran jelas menyatakan bahawa Iblis tidak akan berhenti memporak perandakan ikatan anak Adam sehingga kita hidup dalam kacau bilau.





Sekian terima kasih.





BBM3410Satu2019: MINGGU 4 KELAS AMALI (TIP BELAJAR DENGAN MUDAH)












Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Semoga tips yang diberikan bermanfaat untuk anda semua walaupun hakikatnya kita sedar yang hendak mengikuti dan mengamalkan tips tersebut agak sukar. tetapi peganglah satu pepatah ni, entah sebiu daya tak hendak seribu dalih..Untuk berjaya kitta kena redho bahawa tiada jalan pintas untuk menikmati madu kejayaan. Apa yang penting usaha tangga kejayaan. semoga berjaya...

Monday, 23 September 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini







Setiap insan di muka bumi Allah ini pasti mempunyai penglaman hidup mereka sendiri baik pengalaman sedih mahupun pengalaman gembira. Begitu juga aku, gadis desa yang mempunyai pelbagai pengalaman hidup yang pernah terjadi dalam hidup aku. Bagi aku setiap coretan yang pernah terjadi tidak kira sedih atau gembira akan aku sematkan sebagai kenagan dalam hidup aku. Antara kenangan yang tidak akan aku lupakan adalah kenangan aku yang berjaya menempatkan diri di UPM dan . Kedua-dua ibu dan bapaku sangat gembira dengan kejayaan aku yang dapat menyambungkan pengajian.

Ramai orang ingat kehidupan sebagai mahasiswa merupakan perkara yang menyeronokkan hanya disebabkan mereka melihat kehidupan kami di alam facebook dan instagram semata-semata. Tetapi hakikatnya adalah sebaliknya, kehidupan yang menyeronokkan adalah kita dapat hidup Bersama-sama dengan kawan kita, makan sama-sama, tidur sama, belajar sama-sama. Yang kurang seronoknya adalah kita terpaksa hidup dalam ketakutan dan kegelisahan apabila kerja assignment yang banyak dan ditambah dengan final year project yang kena siapkan tepat masanya. Minggu peperiksaan akhir adalah minggu yang paling rabak bagi pelajar university disebabkan perlu belajar balik dan ingat balik apa yang telah diajar oleh pensyarah di dalam kelas.

Di UPM, aku telah tinggal di kolej15, kolej kesayanganku. sepanjang aku menjadi penghuni di kolej 15 aku telah dilantik menjadi salah seorang Majlis Tertinggi Mahasiswa(MTM) bagi sesi 17/18. Sepanjang aku MTM, banyak coretan yang telah terlakar. Salah satunya adalah aku telah mengalami gangguan makhluk halus. kejadian ini terjadi semasa kolej kami membuat satu program yang dipanggil Night Walk. Program tersebut telah diadakan di Bukit Espo. Kejadian gangguan tersebut berlaku semasa aku dan ahli MTM yang lain sedang membuat raptai bagi program tersebut. Raptai tersebut dibuat malam sebelum program tersebut berlangsung. 

Pada malam tersebut, aku seperti dirasuk kerana aku menangis seperti kehilangan orang yang aku sayang. Kawan-kawanku panik dan cuba untuk tenangkan aku tetapi aku tidak pedulikan mereka malah aku semakin teruk menangis. Malam itu juga ramai yang telah menjenguk ke bilik aku untuk mengetahui keadaan aku. Rakan-rakan sebilikku telah memanggil ahli MTM yang lain serta memanggil orang yang selanyaknya untuk merawat aku. Malam itu juga, rakan aku telah memasang alunan ayat suci Al-Quran, surah yasin di telefon tetapi aku tidak suka lalu aku menyuruh mereka tutup telefon tersebut tetapi mereka tidak mengendahkan suruhanku.

Satu kejadian lucu pada malam tersebut adalah aku telah tersepak perut comel salah seorang felo di kolej aku. Keadaan aku pada malam tersebut agak teruk kerana aku tidak berada dalam keadaan aurat yang terjaga. Maksud aku adalah aku tidak memakai tudung. Tetapi aku bersyukur kerana rakan-rakan ku telah memakaikan aku telekung sembahyang bagi menutup auratku. Setelah keadaan sedikit reda, Aku telah disuruh mandi dengan air yang telah dibekalkan kepadaku. Disebabkan keadaan aku yang masih agak mamai, salah seorang kawan aku telah memandikan aku. 

Kejadian yang berlaku menyebabkan beberapa kawan aku takut untuk memandang aku. Dan pada malam itu juga, kawan sebilikku telah tidur Bersama-sama aku sambal mendengar ayat Ruqyah di telefon. Dua orang kawanku takut sehingga mereka terus tidur dan terpaksa menahan seruan alam kerana takut untuk ke tandas. Seorang lagi sahabatku yang berani, tidak dapat melelapkan mata dengan lena kerana bimbang kejadia tadi berulang lagi. 

Keesokkan paginya, aku dan dua lagi kawanku telah ponteng kelas kokorikulum kerana badan kami sakit-sakit dan sengal. Seorang lagi kawan kami dengan tabahnya bangun dan pergi ke kelas tersebut. Salah seorang kawan kami beritahu kenapa dua lagi kawan aku mengalami benda sama seperti aku, hal ini disebabkan ayat Ruqyah yang dipasang pada malam tersebut seakan-akan menyembuhkan dan membuang benda-benda tidak elok ditubuh badan kita.   

Mengakhiri cerita aku pada kali ini, kita perlu percaya bahawa alam ghaib itu wujud begitu juga dengan penghuni-penghuni di alam ghaib tersebut. Sebagai manusia dan sebagai orang islam kita perlu mengetahui serba sedikit tentang perkara tersebut. Banyak cara yang dapat mengelakkan kita mendapat gangguan tersebut antaranya adalah menjaga solat lima waktu, membaca ayat suci Al-Quran, membaca yasin dan aktivit-aktiviti lain yang dapat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Oleh itu, kita tidak perlu takut dengan makhluk ghaib tersebut kerana mereka juga mahkluk Allah tetapi cukup sekadar kita mengingati bahawa mereka itu wujud.


Sekian terima kasih 

Sunday, 22 September 2019

BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk

Cerita ini mengisahkan Alim dan keluarganya pulang ke kampung. Alim tidak sabar pulang ke kampung kerana ingin bermain dengan ayam dan itik. Setelah sampai di kampung, Alim terus mencari ayam dan itik namun ayam dan itik tersebut tidak ada. Alim berasa sangat sedih. Nenek dan datuk memberitahu Alim, ayam dan itik tersebut masih hidup dan tinggal di reban baharu. Alim kemudiannya menangis lagi kerana menyangka rumah atuk dan neneknya telah tiada. Nenek memujuk Alim sambil berjalan sekeliling rumah.



Rujukan: Normaliza Abd Rahim. 2019. Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.  
          Terengganu. Universiti Malaysia Terengganu.

Jenis Multimedia
Antara jenis  multimedia yang boleh digunakan bagi tujuan penyebaran cerita sosial tersebut adalah melalui Youtube. Melalui Youtube cerita sosial ini lebih mudah untuk difahami kerana cerita ini berbentuk video yang gambarnya boleh bergerak. selain itu, dalam video tersebut boleh diselitkan dengan lagu-lagu yang bersesuaian dengan tajuk cerita atau situasi cerita tersebut. Sebagai contoh, cerita sosial 'Nenek dan Datuk' ini lebih kepada cerita kanak-kanak. Oleh itu, lagu yang ceria bersesuaian dengan cerita ini.  Hal ini dapat menarik minat orang lain untuk menonton cerita tersebut.



Selain itu, jenis multimedia yang boleh digunakan untuk tujuan penyebaran cerita sosial ini adalah melalui Facebook. Melalui facebook cerita sosial ini boleh disampaikan melalui penulisan atau video yang dapat menarik perhatian khalayak.

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog. Tugas individu.


Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat 10 cara menulis blog dengan baik telah disenaraikan di dalam buku yang bertajuk “Eh!!! Media Sosial”. Satu daripada cara tersebut ialah tajuk yang menarik boleh menarik perhatian pembaca. Hal ini demikian kerana, tajuk merupakan salah satu perkara yang sangat penting bagi menarik perhatian pembaca. Apabila sesebuah tajuk itu menarik, ia dapat menarik pembaca untuk meneruskan pembacaan. Oleh itu, sebagai penulis, mereka hendaklah menghasilkan tajuk-tajuk yang unik.

Selain itu, cara kedua ialah cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca. Cara ini menunjukkan bahawa sesebuah cerita tersebut hendaklah mempunyai jalan cerita yang menarik supaya pembaca tertarik untuk membacanya. Oleh itu, unsur-unsur lawak, sedih, gembira haruslah seimbang dalam menghasilkan jalan cerita yang menarik. Hasil gabungan elemen tersebut pasti dapat menarik hati pembaca.

Di samping itu, cara ketiga ialah memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatnya lebih menarik. Hal ini demikian kerana, apabila terdapat unsur humor dalam sesebuah cerita, pembaca tidak akan bosan untuk meneruskan pembacaan. Malah, unsur humor juga dapat membantu pembaca menghilangkan stress dan mampu membuat pembaca gelak apabila membaca cerita tersebut.

Seterusnya cara keempat ialah memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. Hal ini demikian kerana, dapat menarik kepercayaan pembaca terhadap sesebuah penulisan yang mempunyai hujah yang betul dan tepat. Apabila hujan yang diberikan baik dan tepat, pembaca tidak akan ragu-ragu untuk mempercayai penulisan yang dihasilkan malah pembaca boleh jadikan penulisan tersebut sebagai satu rujukan.

Cara yang kelima adalah kaitkan penulisan anda dengan berita terkini. Penulis hendaklah menghasilkan penulisan tentang info terkini supaya pembaca dapat mengetahui isu semasa yang sedang terjadi. Sebagai contoh, penulis boleh menulis tentang fenomena jerebu yang sedang berlaku. Penulisan tersebut bukan sahaja dapat menambahkan ilmu pembaca malah dapat menyuruh pembaca supaya berhati-hati secara tidak langsung.

Selain itu juga, cara keenam ialah gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Dalam penulisan blog, penulis hendaklah menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas supaya penulisan tersebut tidak terlampau panjang yang mampu membuat pembaca bosan untuk membaca. Penulis harus menggunakan perkataan dan struktur yang ringkas tetapi menarik dan mampu menarik perhatian pembaca.

Cara yang ketujuh adalah dapat dibaca dan difahami. Penulis hendaklah menghasilkan penulisan yang mampu dibaca dan fahami oleh pembaca. Oleh itu, tujuan sesebuah penulisan tersebut hendaklah jelas supaya pembaca dapat memahami apa yang dibaca oleh mereka. Malah, penulis juga hendaklah memfokuskan tentang sesuatu perkara dalam sesebuah penulisan supaya pembaca memahami isi kandungan penulisan tersebut.

Di samping itu juga, cara yang kelapan adalah dapat berkomunikasi dengan pembaca. Sebagai penulis yang mahir dan bijak, penulis hendaklah menghasilkan penulisan yang mampu membuat pembaca seakan-akan sedang berkomunikasi dengan pembaca. Hal ini kerana, pembaca akan lebih tertarik untuk mengetahui perkara yang ditulis dalam blog tersebut dan membuat pembaca lebih faham dengan pembacaan mereka.

Seterusnya cara yang kesembilan ialah masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda. Penulis yang bijak akan memasukkan unsur moral dan estetika dalam penulisan supaya pembaca akan dapat mempelajari unsur keindahan dan unsur pengajaran. Hal ini kerana, penulis bukan sahaja menulis tetapi dapat mengajar pembaca tentang ilmu keindahan dan pengajaran yang boleh diteladani.

Cara yang terakhir adalah cara yang kesepuluh iaitu berilmu untuk penulisan pendidikan. Penulisan yang baik adalah penulisan yang mengandungi unsur-unsur pendidikan. Hal ini kerana, apabila penulis menghasilkan penulisan tentang ilmu yang berkaitan pendidikan, secara tidak langsung membantu pembaca yang bergelar pelajar mendapatkan ilmu dan info-info tentang pendidikan. Malah, pembaca juga dapat meningkatkan pengetahuan mereka.

Monday, 16 September 2019

BBM3410Satu2019: SAYA FAHAM

LAGU & LIRIK: PROFESOR DR. NORMALIZA ABD RAHIM
HAK CIPTA: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA





Saya kata "Apa khabar"
Dia Jawab "Khabar baik"
Ucapan untuk dia
Ucapan untuk saya

Selamat pagi, tengah hari, petang, malam
Untuk dia

Untuk saya

Terima kasih
Sama-sama
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih
Sama-sama
Untuk kita
Untuk mereka

BBM3410Satu2019: DIRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Bagi membuka tirai blog aku yang pertama, aku akan menceritakan serba sedikit tentang diri aku. Nama diberi Nurfatin binti Abdullah. aku berumur 24 tahun. Aku berasal dari Tanah Merah, Kelantan. Walaupun, aku dilahirkan di Hospital Pakar Bedah Siow Johor Baharu, Johor tetapi aku dibesarkan di Kelantan. Oleh sebab itu, aku telah dididik oleh ibu dan ayah aku dengan budaya dan cara hidup orang Kelantan. Aku merupakan anak yang ke lima daripada enam orang adik beradik. Aku juga merupakan satu-satunya gadis daripada lima orang jejaka dalam bilangan adik beradikku. Ayahku merupakan seorang pesara kerajaan manakala ibuku pula merupakan suri rumah tangga. 

Hobiku pula adalah membaca dan mendengar muzik. Bahan bacaan yang paling aku suka adalah novel. Apabila aku sudah ketagih membaca novel, aku akan sanggup menghabiskan hari-hariku dengan membaca novel kerana aku ingin mengetahui pengakhiran cerita sesebuah novel tersebut. Aku juga sejenis manusia yang suka membaca surat khabar lama dan majalah-majalah lama. Selain itu, aku juga sejenis manusia yang suka melayan semua jenis genre muzik tetapi mengikut keenakkan muzik tersebut. Salah satu perkara tentang diri aku adalah, aku akan mendengar sesebuah lagu yang aku rasa paling best sampai aku sudah muak untuk mendengarnya. Sebagai contoh, lagu kesukaan ku pada saat ini adalah "cinta luar biasa" nyanyian Andmesh Kamaleng.

Setelah aku menamatkan pengajian aku di tingkatan lima, aku meneruskan lagi pengajianku pada peringkat pra diploma iaitu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Keputusan STPM yang diperoleh sangat menggembirakan aku dan keluargaku dan akhirnya cita-cita aku untuk menyambung pengajianku di universiti tercapai. Alhamdulilah syukur ke hadrat Allah S.W.T aku berjaya menempatkan diri aku di salah sebuah universiti terkemuka iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM). Di UPM aku telah mengambil kos Sarjana Muda Sastera (Bahasa Dan Linguistik Melayu).


Maka bermula hidup aku sebagai mahasiswa di UPM selama hampir empat tahun. Sepanjang tempoh pengajianku di UPM aku telah memperoleh banyak kenangan pahit dan manis yang aku boleh jadikan pengalaman dalam hidup aku. Salah satu kenangan yang indah adalah aku dapat mengenali sahabat baikku iaitu Ainul, Qiu dan Atikah. Mereka bertiga merupakan sahabat baikku yang sentiasa ada dikala aku sedih dan gembira. Mereka juga banyak membantu sepanjang keberadaan aku di UPM. Malah, mereka juga merupakan teman sebilikku di Kolej Lima Belas. 

Mengakhiri kisah diri aku, aku berharap persahabatan antara aku, Ainul, Qiu dan Atikah akan berkekalan hingga ke anak cucu. Semoga ikatan persahabatan ini dirahmati dan dipelihara oleh Allah S.W.T. Aku juga berharap ikatan ukhuwah antara aku dan sahabat-sahabat kos aku akan berkekalan selamanya. Doaku semoga kami mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Amin 




BBM3410SATU: NAMA TEMPAT BAGI SETIAP PENGGAMBARAN VIDEO

Assalamualaikum semua, kalua korang nak tahu sepanjang aku dan ahli kumpulan aku membuat penggambaran atau shoot gambar, banyak tempat mena...