Saturday 14 December 2019

BBM3410SATU: VIDEO 10 (VBLOG KONVOKESYEN UPM 2019)


Assalamualaikum semua




Tugasan kali ini, kami dikehendaki untuk membuat video vlog. Video vlog ini dibuat sempena majlis konvokesyen UPM kali ke 40. Gembiranya aku dan ahli kumpulan aku yang lain semasa menyiapkan video ini kerana, kami dapat merasai aura positif semasa berada di sekitar majlis tersebut yang berlangsung di Dewan Besar UPM. Kami juga berasa sangat teruja dan tidak sabar untuk menghabiskan pengajian kami dan merasa sendiri perasaan yang sudah habis belajar. Dalam video ini, kami telah menebual seramai tiga orang pelajar yang telah bergraduat manakala sepasang ibu bapa kepada pelajar yang telaah bergraduat. Situasi yang paling menyeronokkan apabila kami telah berjaya bergambar Bersama Prof Dr Normaliza yang telah mengajar kami dalam subjek multimedia dalam Bahasa. Bak artis popular prof ketika hari kejadian kerana kami semua serbu prof untuk bergambar Bersama beliau. Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada prof kerana pada hari tersebut anak prof juga telah berjaya bergraduat master dengan jayanya. Kami juga telah memasukkan video yang memaparkan pintu masuk UPM, sekitar fakulti Bahasa moden dan komunikasi (FBMK) dan suasana sekitar pesta konvo yang telah berlangsung di Bukit Espo.  

No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU: NAMA TEMPAT BAGI SETIAP PENGGAMBARAN VIDEO

Assalamualaikum semua, kalua korang nak tahu sepanjang aku dan ahli kumpulan aku membuat penggambaran atau shoot gambar, banyak tempat mena...