KETIKA DAN KALIMAT
Di sini jua memori
tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa
Yang terpahit jua
termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya
Assalamualaikum dan salam sejahtera, terlebih
dahulu aku ingin tujukan lagu nyanyian Shila Hamzah ‘Memori Tercipta’ di atas,
khas untuk para pensyarah dan khususnya untuk sahabat-sahabatku di atas
memori dan kenangan yang terindah yang telah kita cipta sepanjang kita berada
di bumi UPM. KETIKA dan KALIMAT….aku akan ceritakan tentang istimewanya salah
satu subjek yang telah aku ambil sepanjang semester 7 aku ni. Multimedia dalam
Bahasa, itulah subjeknya yang telah di ajari oleh salah seorang pensyarah yang
aku kira cukup garang dan pedas dalam berkata-kata. Tapi pepatah Melayu ada
mengatakan tak kenal maka tak cinta. Itulah ungkapan yang paling sesuai untuk
aku katakan kepada Profesor Normaliza.
Minggu pertama kelas beliau, aku telah di ajar
untuk reda. Perkataan reda reda reda itu sentiasa menghantui aku sepanjang
semester 7 ni. Kadang-kadang dapat kerja yang banyak pun terpaksa terpanculnya
perkataan reda walaupun hakikatnya berbakul-bakul bebelan yang terkeluar
daripada mulut aku hahahaha….Berbalik kepada cerita BBM3410 Multimedia dalam
Bahasa, subjek ini banyak mengajar tentang nilai persahabatan, usaha tangga
kejayaan, masa itu emas, dan konsep reda ketika menerima banyak tugasan.
Dalam kelas ini jugalah munculnya Belalang
Production yang ahli kumpulannya seramai 11 orang termasuk aku. Setiap minggu
kami akan diberikan tugasan yang berbeza, kadang-kadang sampai kami terfikir
kami ni budak bahasa atau budak komunikasi sebabnya setiap minggu sibuk shoot gambar dan shooting
video. Mengeluh
mengeluh pun kerja kami tip top juga sebab setiap kali kami bentang video dalam
kelas Prof Normaliza pasti akan memuji hasil kerja kami. Itulah yang menjadi
kebanggaan kami satu kumpulan.
Banyak sangat kenangan yang aku perolehi
sepanjang aku mengambil subjek ini, yang tak pandai menari boleh menari, yang
tak pandai berlakon boleh berlakon. Jadinya lepas ni boleh lar kami jadi
pelakon filem atau drama ye hehehhehe… Sejujurnya aku sangat sedih kerana
setiap jam, minit, saat berdetik menghintung masa untuk kita semua menamatkan
zaman degree kita. Tetapi apa kan daya sudah suratan takdir yang setiap
pertemuan pasti ada perpisahan. Dan perpisahan ini meninggalkan beribu memori
dan kenangan antara kita.
Jutaan
terima kasih kepada Prof Normaliza kerana sentiasa membuat kami happy dalam ketegasan nya. Ilmu yang diberi akan sentiasa menjadi
ingatan dalam sanubari kami. Kepada tutor kami yang hensem iaitu En Akmal,
terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan karenah kami sepanjang menjadi
tutor kami. Saja juga ingin meminta maaf andai ada terguris hati sepanjang
berbicara dengan En Akmal terutamanya bab wifi yang lambat bak siput baby ….hehehhee… Terima kasih semunya..semoga kita berjumpa lagi